Friday, July 15, 2005

See, i told you..

Dah beberapa hari tertangguh menghantar posting ini kerana terikat dgn tugas dan tanggungjawab.. I received this email from somebody.. They post messages and news which are different from what most of the people knew.. sometimes i wonder where they received the source.. but somehow i believe them because a lot of time the news we received has been distorted even though it was said to be taken from well-known sources... Allahu'alam.

I just say something about this.. Kan dah kate aritu.. Mcm terpakai je teori saya.. atau teori kwn saya bhw mungkin dengan melakukan serangan begini akan menurunkan saham mereka (saham UK sedang jatuh sekarang), dan kemudian boleh beli dgn harga murah. Bila sampai Olimpik 2007 nanti, harga saham meningkat - jual dan dpt keuntungan? Hmmm logik juga kan.. :P

So, just want to share with all of you...
Have a nice weekends! :)


==============
Siapa di sebalik pengeboman di London?
Oleh: Khadija Abdul Qahaar, JUS

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia, maka boleh dikatakan bahawa hanya masa sahaja yang akan menentukan bila serangan di United Kingdom akan berlaku, terutamanya kerana peranan yang telah dimainkan oleh Britain dalam pembunuhan kejam di Afghans dan Iraq dan sokongan membutanya terhadap apa yang Bush namakan sebagai Memerangi Keganasan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kejadian tersebut mungkin bukan dilakukan oleh al-Qaeda.

Di saat al-Qaeda terus dipersalahkan di atas kejadian yang membunuh 45 orang dan mencederakan seramai 300 yang lain, apabila tiga bom meletup pada rangkaian keretapi bawah tanah London dan yang keempat meletup dalam sebuah bas dua tingkat pada pagi hari Khamis yang sibuk, terdapat banyak keraguan dan kecacatan dalam apa yang dinamakan sebagai laporan rasmi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh "Pertubuhan Sulit al-Qaeda di Eropah".

Sebelum ini sebuah kumpulan yang tidak dikenali telah mengedarkan dakwaan bahawa mereka bertanggungjawab di atas kejadian tersebut sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, satu salinan telah diterima oleh JUS. Walau bagaimanapun kenyataan tersebut terdapat kesilapan di dalamnya yang menunjukkan kepada kita bahawa bahan tersebut bukannya dari kumpulan al-Qaeda. Selama ini, JUS telah menterjemahkenyataan al-Qaeda setiap hari untuk menceritakan kepada pembaca kisah yang sebenar berlaku dalam Memerangi Keganasan dan kami dapati banyak masalah dengan apa yang dinamakan sebagai kenyataan rasmi ini.

Pertamanya, kenyataan al-Qaeda akan dihantarkan dulu kepada wartawanArab dan bukannya dari BBC atau Reuters. Kenyataan ini mula ditimbulkan dalam media utama dan selepas itu baru diambil oleh media Arab di mana ia amat bercanggah dengan apa yang pernah dilakukan oleh al-Qaeda sebelum ini. Fakta ini sahaja telahmenyebabkan kesahihan kenyataan tersebut diragui.

Kedua, Bahasa Arab yang digunakan dalam dakwaan tersebut adalah salah dari segi nahunya. Kenyataan al-Qaeda kebiasaannya menggunakan bahasa Arab yang biasanya menurut bahasa ibunda mereka. Mungkin yang paling penting ialah penggunaan ayat al-Quran yang salah dan tidak lengkap dalam kenyataan dakwaan tersebut. Mungkin kesilapan nahu boleh dimaafkan tetapi bagi saudara Tauhid atau pejuang mjahiddin yang hidup dan mati mereka demi kerana ayat-ayat Allah SWT akan pasti mengetahui ayat Allah dengan tepat dan tidak akan melakukan kesilapan yang dianggap besar ini.

Lebih kurang empat bulan yang lalu, khabar angin tentang serangan di UK mula ditimbulkan apabila pemimpin kumpulan muhajirun yang telah diharamkan, Omar Bakri Muhammad mengisytiharkan Britain sebagai Daral-Harb (Bumi yang dihalalkan perang) yang menimbulkan keresahan di seluruh Britain termasuk umat Islam. Malah ada yang membuat rumusan bahawa Bakri dan beberapa pengikutnya telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan serangan yang berlaku pada pagi tersebut. Tetapi agak mustahil bagi beliau yang selama ini mendapat segala kemudahan hidup di London sanggup melakukan serangan tersebut.

Mungkin dalam masa akan datang al-Qaeda akan dipersalahkan melakukan serangan tersebut tetapi mereka tidak boleh mengaitkannya dengan dakwaan bertanggungjawab yang telah tersebar dengan meluas sekarang ini. Walau apapun yang dapat didedahkan melalui hasil penyiasatan yang mereka lakukan, mereka masih tidak akan mendapat sokongan dari rakyat dalam menyerang Iraq.

=======

No comments: