Thursday, July 07, 2005

Fikir-Fikir

(**da da da**)
Kecoh kejap ttg isu nama panggilan saya. Tak sangka, boleh jadi Havoc juga yer Cik Rina.. hehe oklah oklah.. tak kisahlah nak panggil apa, asalkan nama yg baik..

(**ATTENTION**)
Al-Hamdulillah, i have my line back already. But unfortunately, i lost all of your phone number(s). :(

Appreciate my friends to sms me your no and name. Currently baru je ade beberapa no. balik. So, pls update me back ok.

Kepada yg dah buat, tq. Insha-Allah, semoga tak lost contact:).

(**FIKIR2**)
Psst: Demi menyahut seruan seorang adik ni... ;)

Byk sgt email yg tidak tersemak. I was postponing reading them, reading one in a time until i came across this email from m_mjj@yahoo.com. Terfikir, with the current speed and advancement of technology we might received tones and tones of mislead info, distorted news and lie-statements but the truth, the real situation whether remain silence or unnoticed?

Terbaca pula Berita Utama pagi ini di akhbar2 Malaysia tentang pengeboman di London. Simpati utk mereka. Rakyat biasa, tiada bersenjata.. Itu yg jadi mangsa.. Tapi, tiba2 hati berdetak.. Byk juga persoalan2 yg ada dlm fikiran...
- Kenapa London? Kenapa tak Amerika sahaja? Sbb yg paling jahatnyer Amerika. Relevan kalau Amerika yg kena, tentulah pihak2 lain akan ckp sibuk jaga org lain die sendiri tak terjaga negera dia. kan? Jadi possibilities utk bawa keluar tentera bukan lagi besar ke?
- Betul ke Kumpulan Jihad Senyap Al-Qaeda is part of the movement? atau sebenarnyer movement pihak lain?
- Is America is so powerful sehingga takde org boleh buat cenggitu kat tempat mereka? (OK fine..terlupa ttg fakta 11/9 tapi fakta 11/9 juga menunjukkan konspirasi terancang oleh org2 tertentu yg cuba memburukkan imej umat slam. Dlm ertikata lain, org lain buat org lain kena.)

oh, terlupa pula. Amerika dah byk kali kena 'serangan' cuma tidak dihebohkan sahaja.. Dunia dunia..ape nak jadi yer... Kalaulah ade kelas belajar gune senjata, saya rasa saya nak daftar sama.. Manalah tau esok lusa sudah perlu benar2 berjihad angkat senjata di Malaysia ni..

Sedang belajar utk menyelidiki sebelum membuat keputusan..

============================
Amerika mahu mengadakan rundingan dengan al-Qa'im; Mujahiddin menetapkan syarat
Sat, 16 Apr 2005 04:30:16 -0000

Selepas kegagalan Amerika menawan kembali bandar al-Qa'im secarapaksa pada hari Rabu dan diikuti peristiwa mereka dihalau dengancara yang memalukan, kini tentera AS memohon untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin bandar dan mujahiddin telah menetapkan syarat-syarat untuk berunding.

Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa selepas kegagalantentera AS untuk menyerang bandar al-Qa'im dan menawannya dari empat penjuru, mereka telah menggunakan pembesar suara pada hari Khamis agar dapat mengadakan rundingan dengan pemimpin di bandar tersebut.

Wartawan di bandar melaporkan bahawa para mujahiddin telah memanggil kesemua pemimpin puak bertujuan untuk membincangkan mengenai permintaan Amerika itu.

Mujahiddin telah menetapkan syarat untuk berunding

Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan dari al-Qa'im bahawa tenteraAS telah mengaku bahawa mereka telah kalah pada hari Rabu untuk menyerang bandar al-Qa'im. Kekalahan tersebut berlaku setelahberlakunya pertempuran sengit sepanjang hari di mana sebahagian besar dari anggota mereka, 400 buah kereta kebal, artileri,helikopter dan pesawat telah menyerang bandar tersebut habis-habisandari empat arah. Pejuang mujahiddin masih dapat mempertahankan kedudukan mereka dan pada petangnya tentera AS terpaksa berundur keluar bandar.

Pada hari Khamis, wartawan Mafkarat al-Islam memetik seorang major tentera merin AS telah berkata bahawa mereka tidak berjaya menawanbandar tersebut akibat dari serangan hebat oleh pejuang mujahiddin, yang beliau rujuk sebagai 'lelaki bersenjata'. Mereka berkata bahawa mereka terpaksa berundur kerana memikirkan keselamatan orang awam,walaupun kita mengetahui bahawa perkara tersebut tidak pernah terbayang di kepala mereka kerana mereka telah meletupkan tangki simpanan air dan depo makanan dan juga mereka telah menembak ke arah wanita dan kanak-kanak yang cuba mendapatkan air dari sungai Furat.

Semalam, pejuang mujahiddin telah meletupkan kumpulan tentera AS di luar bandar dengan menggunakan 32 roket dari berbagai jenis termasukKatyusha, Grad, missile Tariq dan mortar. Serangan tersebut telah menyebabkan tentera AS terpaksa bertaburan lari ke utara dan timur bandar al-Qa'im.

Sementara itu, mesyuarat pejuang mujahiddin di bandar telah memutuskan bahawa bersetuju mengadakan runding dengan tenteraAmerika pada pagi esok dengan syarat tentera Amerika menerima syaratyang mereka tetapkan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

• Tentera AS mesti berundur enam kilometer dari sempadan al-Qa'imsemasa rundingan tersebut dijalankan.

• Pesawat tentera AS mestilah menghentikan penerbangannya di sekitarbandar.

• Tentera AS mestilah mendedahkan jumlah anggota mereka yang telahterbunuh dalam pertempuran pada hari Rabu an Selasa melalui stesenradio

Pertubuhan kemanusiaan mestilah dibenarkan membawa masuk bekalanmakanan dan perubatan kepada penduduk bandar tersebut.

Wartawan melaporkan bahawa tentera AS masih belum menjawab syarattersebut pada masa laporannya dikirimkan. Oleh itu kadaan di bandaral-Qa'im agak tenang sekarang ini.
========

No comments: