Tuesday, July 13, 2004

Welcoming Back

Lama aku menghilang.. Beberapa sebab antaranya setup tempat baru dan availability of the pc menyebabkan aku hampir tak sempat nak menyentuh isu baru. Apa2 pun al-Hamdulillah, at last i have my pc back. Tak kisahlah apa pun yg telah berlaku, hingga aku terpakse ambil urgent leave cuma yg penting Allah dah lembutkan hati seseorg utk benarkan aku ambil pc.

Well, tempat baru really feel like in winter season. Bezanya, aku tak pakai baju cukup tebal jer lagi. Last time i bought a long jacket/blazer macam dlm cerite winter sonata yg U-jin pakai . Kat bkt mahkamah tak boleh pakai sbb agak panas, tapi kat sini hari2 kena pakai. Oklah, tak perlu pergi jauh kalau terasa nak bergaya dengan fesyen musim sejuk. ehhe cumanya, kejap je aku kat sini. tak lama lagi mungkin dah dpt arahan utk pindah ke menara plak.. makin jauh perjalanan waktu pagi aku, and makin lambatler nak sampai ke ofis.. isk, punch card merah bakal mewarnai hidup aku la nampaknyer...

utk teman2, maapler yer. cik ekonomi tak dpt ler nak komen ape2 lagi ttg dunia luar sekarang. 'dunia dlm' ni masih tak dpt nak stabilize lagi. insya-Allah tak lama lagi kalau dah berjaya stabilize everything i will be back. Ibarat kate my new boss, we are going to be very busy at least for the first 6 months. 6 MONTHS? meaning until end of the year? :)) but for sure, this year is going to be a busy one for me...

mm cepat betul masa berlalu. mungkin ada antara kita yg sudah risau ttg hari muka, terfikir betapa ramai yg telah menemui jalan kehidupan masing2, mungkin tak penah penat utk berfikir ttg kawan2 yg dah kawin + beranak pinak sedangkan diri masih tak berjumpa sesiapa. Atau alternatif yg paling mudah, lupakan sahaja yg lain (mcm dlm iklan pencuci baju daia). teruskan kehidupan, tak perlu fikir apa2 dah.. i am currently practising that. jgn ditanya lagi pasal cinta, kawin, tunang, calon etc etc. I am tired of that already. At the age of 24? yeah, that is right. We don't ask ppl bila nak dpt degree, master, phD, bila nak bukak bisnes, jadi kaya etc etc kan. We just said kalau ade rezeki, insya-Allah tak kemana. So does in this matter..

Mungkin ada betulnya, dah terlalu ramai yg sibuk mengira bintang di langit, dan terlalu ramai membukit-bukit berkejar-kejaran mencari gunung tertinggi nak menggapai bintang2 yg bersinar utk jadikan itu milik mereka. aku masih rasa biarlah, cahaya bulan aku tetap dpt juga. sinar bintang masih mampu aku kagumi. yg pasti, pasir di bumi dpt aku rasa kasar dan seleraknya.. air di kaki masih dpt aku rasa sejuknya. laut di situ masih aku rasa masinnya, sungai yg mengalir masih aku rasa tawarnya. cukuplah itu buat sementara waktu ini utkku.

melalut pula. hari ni sempat aku curi sedikit masa aku hari ni utk stay kat ofis yg terpencil ni. nasib baik hujan, so masih ade beberapa org kat ofis. sekejap lagi waktu utk aku pulang.. so itulah, takde ape2 nak cerite. sekadar teringat, tak lama lagi dah masuk rejab, syaaban..lepas tu ramadhan semula. teringat ttg lailatulqadar. masanya mungkin dah tiba utk perbaiki amal diri sendiri kalau mmg malam itu yg dicari. Doa buat semua, moga Allah pertemukan kalian dgn malam tersebut. Insya-Allah.

~Hidup yg perit mengajar aku erti CintaNya~

No comments: