"Water Clock"
Lama tak update di sini.. Banyak juga sebenarnya nak tulis. Ingat2 ada kawan minta kongsi2 pengalaman sekarang.. tapi apakan daya, rupanya bukan senang bekerja, sambil belajar, dan kemudian uruskan hal-ehwal rumah dan juga mengandung masa yang sama.. Teringat dulu, saya sering terfikir bagaimana dan apakah yang berlaku sehingga ada ayat dalam alQuran mengatakan tentang keadaan ibu mengandung yang lemah.. oh yes, the usuall me :p.
Rasanya saya lebih faham sekarang dan dapat menjawab kenapa dan mengapa.
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah dan menyusukannya selama dua tahun."
(Surah Luqman: ayat 14)
Lama tak update di sini.. Banyak juga sebenarnya nak tulis. Ingat2 ada kawan minta kongsi2 pengalaman sekarang.. tapi apakan daya, rupanya bukan senang bekerja, sambil belajar, dan kemudian uruskan hal-ehwal rumah dan juga mengandung masa yang sama.. Teringat dulu, saya sering terfikir bagaimana dan apakah yang berlaku sehingga ada ayat dalam alQuran mengatakan tentang keadaan ibu mengandung yang lemah.. oh yes, the usuall me :p.
Rasanya saya lebih faham sekarang dan dapat menjawab kenapa dan mengapa.
"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah dan menyusukannya selama dua tahun."
(Surah Luqman: ayat 14)
Dulu pun selalu tertanya2 mcmana org boleh muntah2, mcmana boleh rasa nak muntah, apakebendanamanya 'morning sickness' ni.. Sekarang pun saya faham.. hehehe
Ok berkenaan ayat di atas.. secara pemahaman saya ianya adalah kerana pada waktu ini berlakunya proses yang sangat laju (rapid?) di dalam tubuh seorang perempuan itu untuk proses kejadian manusia. Jadinya sel2 tubuh badan walaupun tanpa disedari sebenarnya memerlukan tenaga untuk proses2 itu. Mcm mesin perlukan minyak, walaupun kita hanya perasan mesin tu bergerak tapi tak perasan keadaan minyak yang membantu dalam menggerakkan mesin itu. Jadi proses2 ini mengurangkan tenaga yang ada pada tubuh manusia itu, tambah2 lagi ada bahagian2 mineral tertentu yang digunakan lebih banyak berbanding lain2.. Muntah2 itu pun sbb perubahan hormon badan yang berlaku dengan sangat cepat, jadi tubuh tak sempat nak 'adjust accordingly to the changes'.
Tenaga saya terasa berkurangan amat banyak .. bukan takat tinggal separuh, rasanya selalu sahaja tinggal suku dari kebiasaan.. mula2 dulu kuat2kan diri juga, tapi bila ada kawan pesan jangan paksa2 diri sangat nanti boleh pengsan.. saya sedikit cuak, tidak tahu boleh begitu pesannya.. ada org ckp 'it is a matter of psychology' tapi yang ini saya dah cuba juga utk 'menipu' diri yang saya boleh dan takde masalah sebenarnya.. dan akhirnya saya terkulai layu di hujung katil he he he.. takleh pakai teori tu nampaknya.. Cuma takdelah melayan perasaan amat2.. Kalau boleh buat, buat sikit2..tak boleh rehat dulu2.. nanti2 cuba lagi kan..
Trimester pertama.. bulan pertama saya ingat saya akan OK mcm statistik 5% perempuan yang bernasib baik.. tiba2 pada bulan kedua, alahan menjadi2.. kelakar juga sbb saya akan muntah2 bukan setakat salah makan, tapi kalau basuh pinggan mangkuk, basuh baju hatta melipat baju sekali pun.. pelik, tak kasi mengemas kah.. akhirnya dok je la terbaring.. minyak angin mmg setiap masa ada di mana2.. kat rumah satu, dlm kereta satu, kat ofis satu, dlm handbag satu.. wahhh untung tokei minyak angin time ni..
org cakap selalunya lepas 14 minggu (trimester kedua) dah ok dah.. punyalah tidak sabar saya ingin menjejakkan kaki ke situ.. tambah2 dlm belas2 minggu itu tiba2 saya muntah teruk tak berhenti2 sampaikan rasa mcm ..err.. nak masuk hospital aje. ehhehe setiap kali makan akan muntah, kira2 dlm masa 48 jam saya muntah berbelas2 kali termasuk kena bangun waktu tidur dlm masa 6 jam muntah 4 kali.. masa tu pulak tgh pergi team building utk 3 hari 2 malam.. akhirnya saya tidur lebih banyak dlm bilik dari ikut aktiviti mereka.. kesian kawan sebilik, bila bilik air bau muntah aje..
bila masuk musim ke-dua.. oh oh oh..rupanya belum selesai lagi... cuma dah berkurangan sedikit, badan pun takdelah selemah2nya.. dan dah beransur2 boleh buat kerja2 rumah semula.. muka saya sedikit serabut masa mengandung ni.. (oh, rindukan wajah2 lama ku yang comel itu.. heheh) maklumlah takleh sebarang letak kat muka ni.. bau2 aje kalau silap alamat memang lembik la lepas tu keluar masuk bilik air.. tak termasuk berapa kali tukar sabun mandi, ubat gigi, bedak2.. ingat time2 cenggini kalau ada bau yg bukan2 ya Allah rasa mcm nak lompat terjun bgn aje.. itu termasuklah bau2 masakan.. masa ni juga dah kenalpasti makanan2 berpotensi utk mengubati dan menambah parah situasi.. jadinya sudah lama tak rasa mcmana rasanya daging ayam itu.. saya ingat, satu waktu dahulu bahawa ayam goreng panas2 mmg sedap kan.. kurma ayam, ayam masak lemak cili api.. uhuks.. kicap, segala jenis sos berwarna perang dan coklat termasuk sos tiram.. coklat (uhukss my favourite!!!).. segala makanan masam termasuk buah oren.. cheese.. segala fastfood dari semurah2 harga sampai semahal2 harga (burger tepi jalan sampai carls junior semua takleh you, bau pizza esp. cheese + cendawan itu sungguh memualkan isk).. itu semua adalah antara yg saya fikir apakah saya boleh makan semula selepas ini..
akhir2 bulan ke-6 saya dapati alergik makanan ini berkurangan.. senarai2 tegar di atas masih terpakai.. hahahah tetapi punya sedikit tenaga lebih dari biasa.. dan masa ini saya mula2 dah beli barang2 baby sikit demi sikit.. baru je ok sikit, tiba2 dah masuk 7 bulan.. lepas 28-minggu perkembangan bayi lebih cepat dan berat mereka pun bertambah lebih banyak.. masa ni terasa tiba2 berat bayi itu.. dan dah susah nak tidur, tak cukup tenaga balik.. bagi yg takde pengalaman, bayangkan korang ada beg galas yang diletakkan sebiji buah tembikai seberat 1kg dan bawa setiap masa , mesti akan terasa penat kan kalau lama2.. jadi lebih kurang begitulah ceriteranya..
dan kini..tup tup.. alamak tinggal sebulan lagi sebelum tarikh akhir? banyak lagi tak habis membaca ni.. banyak lagi tak buat rasanya ni.. cepatnya masa berlalu... dan jantung pun berdenyut2 selalu.. dup dap dup dap... Moga Allah permudahkan perjalanan ini.. Amiin..
4 comments:
hi...kuruskah ieka sekarang ni?
moga deliver dgn selamat :)
unfortunately.. walaupun tak dpt makan mcm2 beratku memang menaik dgn baikkk sekali.. hehehe tak tau la kenal ke tak lagi nanti kalau jumpa :p
thanks aini.. :)
ika dh beli BP ke?
dah..spectra 3.. he he he
Post a Comment