Jadi, ke mana fokus saya terarah? Saya sedang melihat satu bahagian penting yang kiranya kelihatan sudah sangat2 diabaikan oleh Pengurusan Negara kita sekarang – ekonomi kita. Ekonomi kita sedang kacau bilau yang amat. Tidak tahu ke mana hala tujunya, jadinya bila sudah tidak ditentukan oleh sesiapa (baca: kerajaan) ekonomi kita ditentukan oleh pasaran bebas (free market). Apakah impak yang bakal berlaku?
Masih ingat tahun 1998 kejatuhan ekonomi Asia yang memberikan impak besar terutamanya kepada Korea Selatan,
Saya tahu ilmu ekonomi saya masih baru setahun jagung; juga sudah lama berkarat tidak diasah. Jadinya sekadar berkongsi sedikit2 apa yang pernah dipelajari dahulu. Ilmu ekonomi moden ini saling berkait-rapat dengan setiap tindakan yang dilaksanakan, jadinya kita boleh melihat impak satu2 tindakan kepada tindakan lain..
Dengarnya ada ura-ura untuk menaikan kadar faedah bank (banking interest rate) . Di waktu begini, bila orang menjalani hidup untuk survival, impaknya sangat besar kepada ekonomi kita kerana adanya potensi untuk inflasi terlampau (hyper inflation) kepada
Walaubagaimanapun, keadaan tersebut hanya terpakai sekiranya rakyat berada dalam keadaan berlebihan duit untuk perbelanjaan. Bagi setiap orang yang memiliki pendapatan, jumlah pendapatan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu: perbelanjaan (disposable income) dan simpanan (saving). Dalam situasi sekarang, kita bukan dalam keadaan berlebihan tetapi struggling (berhempas-pulas) untuk survival. Kadar simpanan sangat sedikit, sementara kadar perbelanjaan lupus (disposable income) yang mana merujuk kepada jumlah perbelanjaan untuk keperluan pula hanya cukup-cukup makan. Sekiranya kadar faedah dinaikkan, impak yang lebih teruk dihadapai kerana jumlah perbelanjaan lupus akan bertambah disebabkan keperluan membayar pinjaman bank (loan bank) untuk rumah, manakala kadar simpanan akan menurun untuk menampung tambahan dalam keperluan perbelanjaan ini.
Mahu lebih terperinci? InshaAllah ada kesempatan saya akan berkongsi sama. Sekarang sudah ada 2 assignments dan minggu hadapan bakal menghadapi peperiksaan akhir. Doakan saya mampu membahagikan masa dengan baik;)
5 comments:
terbatuk batuk saya masuk sini ...banyak sangat dan sawang heheh habuk dan sawang
wah wah....masuk2 terus ada teori ekonomi...how's study?
hehe, sebelum entri ini sy cuba nak faham2 sendiri kenaikkan kadar faedah dengan kuasa pembeli dan amalan menabung, cam nak dekat2 sama dlm entri ni (hehehe, senyum sendiri dan perasan, sy dah boleh kot2 skit2 ttg ekonomi, nasib ada cikgu yg mengajar :))
gaya penulisan anda telah berubah.
Cara olahan isi anda telah berubah.
Susun kata dan struktur rencana juga telah berubah.
Apsal berubah ? jari jadi berat ka ?
abg faizal,
oh..nasib baik batuk aje..kalau bersin sekali mmg kena jumpa doktor dah ni.. :p heheh
aini,
study boleh tahan.. tapi bile bab exam and assignments tak best..hahahah dah lama tinggal skill belajar, lupa cemana nak jawab soalan and hafal nota..huuhuh tgh asah balik, doa2kan;)
as,
good ! lepas ni tambah sorang lagi boleh baca ekonomi :P
pelita ba'za,
terima kasih ada dtg menjenguk.. :) sejak bila berubah tu?:p tak sempat nak tulis pjg, tulis sikit2 utk cepat je dulu sekarang ni. inshaAllah bila dah reda sikit keadaan mungkin boleh tulis semula mcm dulu.. ;)
Post a Comment