Wednesday, July 18, 2007

Melatah-latah

Teringat pernah baca tulisan bloggers tentang bila pemimpin malaysia melatah dalam ucapan.

Pagi tadi kami pening lagi.
Teman serumah dan saya menaiki kereta ke tempat kerja.
Buka radio, kami dengar berita. Takziah untuk keluarga2 mangsa NURI. DJ mengulang ucapan PM berkenaan nahas NURI. Kawan saya sempat membebel, redha memang redha kalau sudah ditakdirkan begitu. Tapi macamana nak redha kalau dah banyak kali masalah nahas dengan NURI sebelum ini tidak diambil kira. Boleh beli sesuatu yang tak tahu lagi bila nak guna (kereta selam?), dapat komisen, tapi bila bab ni tak fikir langsung keselamatan rakyat yg gunakan NURI. Saya senyum aje, bab beli untuk keselamatan negara OK boleh terima. Bab taknak tukar itu dah pening. Bab komisen, err taknak komen. tak tahu apa2:p

Lepas itu kami dengar lagi.
Kata dia (salah seorg pemimpin Malaysia) yang menjawab soalan wartawan "Malaysia bukan negara sekular. Malaysia negara Islam yang mengikut tafsirannya sendiri. Malahan, Malaysia telah lama menjalankan pentadbirannya mengikut hukum Islam."
Kali ini kami gelak kuat2. Entah apa2 sahaja kenyataannya.

Lepas itu, kami tak dengar lagi.
Terus tutup radio, dan berdoa:
"Ya Allah, janganlah dijadikan kami memilih pemimpin yang zalim, kejam, corrupt dan pecah amanah. Ya Allah gantikanlah untuk kami pemimpin yang lebih baik. Amiinn".

Dan kami doa lagi, moga2 kalau kelak kami di atas atau sesapa di atas tidaklah mereka dirasuk sumpahan duit. Amiin amiin.

p/s: Sumpahan Duit: Memang berlaku, bilamana org yg sudah ada banyak duit terasa 'gila' untuk mendapatkan lebih banyak dan banyak lagi. Dan boleh buat mcm2 atau apa sahaja untuk dapatkan duit. Allahu'alam.

2 comments:

danialle said...

kadang2 elok gak kita just terima malaysia sbg negara islam, walaupun tafsirannya kurang tepat. biar semua org tahu malaysia adalah negara islam. agama islam dan org islam mempunyai prioriti terbesar dlm negara kita. Apb kita terlalu bercakap bahawa malaysia bukan negara islam, maka musuh2 islam mula mengambil peluang ni utk menuntut kesamarataan dlm agama. kenapa islam lebih dlm segala hal, sedangkan malaysia bukan negara islam? tu pasal jadi kes ifc tu.

saya kira kita masih terlalu jauh utk mengamalkan undang2 islam sepenuhnya. masyarakat kita masih belum bersedia dan byk lg yg jahil. dan yg pasti menghebahkan bhw malaysia bkn negara islam bukanlah cara terbaik utk menuntut kedaulatan islam.

ieka said...

danialle, you were right. bukanlah maksudnya kita ingin bercakap Malaysia negara Islam atau bukan Islam. cumanya kalau difikir secara lebih kritis, kenapa statement macam tu hanya keluar bila dekat time pilihanraya dan bila habis pilihanraya sistem perundangan dan pengurusan negara sudah bertukar pula.

agak kurang memahami bila dikatakan Malaysia adalah negara Islam menurut tafsirannya yang tersendiri. bukankah bermaksud pimpinan kita meminggirkan Islam itu dari jatidiri rakyat islam kita sendiri? cuba lihat sistem pendidikan negara, material utk dunia lebih byk ditekankan, tapi kerohanian jiwa dipinggirkan. kalau selamanya begini tentu kita selama2nya akan jahil. sekurang2nya tak perlu kita annouce kita akan buat hukum secara Islam. tak perlu statement mcm2 yg bukan2 dr pemimpin. Just masukkan sahaja sedikit demi sedikit dlm perlembagaan kita. Masalahnya ramai kalangan pemimpin yg takut dgn undang2 itu sendiri. masalah jiwa. bukankah kalau dirujuk pada sejarah kita perundangan/ perlembagaan tanah melayu dulunya berasaskan hukum2 Islam walaupun ada kemungkinan 'implementation' agak kurang kerana keadaan?

lagi, media massa kita yang telah mencampur-adukkan yang mana elok utk rakyat yg mana tidak seolah2 itu adalah biasa sahaja. kalau dulu kita boleh kata pada adik2,anak2 generasi kita itu bukan adat kita, budaya kita jgn ikut. sekarang kita tak boleh nak kata apa.

dan lagi, kalau memang Malaysia ini negara Islam agak2 kenapa akhir2 ini yg bukan Islam makin ramai, berani dan lantang bersuara mempersoalkan kewibawaan agama kita? sedangkan dulu2 masih baik terkawal.

cerita negara kita mengingatkan saya kembali kepada negara2 islam dulu yg runtuh dan hancur... lihat dgn teliti, masyarakat kita makin jauh.. Allahu'alam.