Monday, May 15, 2006

Tengah Training

I was on leave last thursday.

Saturday morning rushed back to KL to attend one of my bestfriends' wedding, Wirda and her husband Nik Omar. On the evening, i rushed back to Melaka.

Yesterday was my nephew's majlis cukur jambul. Thank God awal2 pagi dah mandi, sebab terlalulah sibuknya sepanjang pagi dan hari sampai lupa nak amik gambar. sedar2 malam sebelum balik, semua orang tertanya siapa yang ambil gambar. So ini jelah gambar yang sempat dirakam sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur semula.
















Oh, by the way semua jenis senjata pembunuh memang dah digunakan sepanjang proses berada di kampung bersama dengan anak sedara dan majlis yang dijalankan. Tapi biasalah, praktis make perfect - buat muka bodoh jer. buat pekak jer macam tak dengar apa2, walau suara org dah macam menjerit kat sebelah telinga. sampailah akhirnya...

Nenek Sedara : KakLong, meh kojap. nenek nak tanyo
KakLong mendekati nenek sedaranya
Nenek Sedara : Ni dah ade ko bolum?
KakLong cuba buat bodoh.. : Ade apo nek?
Nenek Sedara: Ni dah ado kawan ke bolum?
Iiissh..ramai kawan nek.. kawan pomwan lelaki semua pun ada..budak2 kecik pun ramai jadi kawan :))
KakLong (dalam hati): Nak kata Ya (dan berbohong) ke atau kata benar?
Nenek Sedara : Cakaplah. Kalau ade, nek nak suruh tunjukkan.
KakLong: *senyum* belum lagi nek .. (ke aku patut cakap takde lagi ek?)
Nenek Sedara : belum? maksudnya takde lagi? angguk..angguk..
Nenek Sedara : Bila lagi? Jangan lamo2.. Tengok tu Kak *** dah umo 38 tak kawin2 lai. Ekau jangan sampai gitu pulak.
KakLong: *senyum lagi* insha-Allah nek.

(dalam hati lagi: hai.. kalaulah ada orang macam Kuan Ho-Jun [Lee Dong Geon in Sweet 18) tu wujud, saya memang ajak dia kawin sekarang juga nek.. hehehe)

p/s: Siha, Jie, saya rasa saya pun dah jatuh chentaa la dgn watak kuan ho-jun tu.. kenapaler saya juga berharap saya ialah jong-shu hahahahaha

ops.. Zulaikha, behave!

Sebenarnyer, selain cerite merepek di atas, saya tetibe terfikir (yer,,sewaktu sedang sibuk berkemas selepas kenduri). tentang cerite Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa. Cerita tentang mereka mendekati pohon larangan kemudian (kebanyakkan orang menyangka) itulah sebab mereka dikeluarkan dari syurga. (walau hakikatnya penciptaan manusia memang untuk tinggal tetap di muka bumi dan menjadi pemimpin di bumi).

kisah itu mengingatkan saya kepada satu cerita yang pernah dibaca sewaktu kecil, kisahnya lebih kurang begini, tentang sepasang suami isteri miskin yang bertelagah bahawa jika Adam & Hawa tidak makan buah khuldi maka mereka tidak perlu bersusah payah di bumi. Pertelingkahan mereka didengar oleh seorang raja. Raja itu mempelawa mereka tinggal di istana dengan syarat, tidak mendekati dan membuka sebuah tudung saji yang diletakkan di tengah rumah.

Hari berganti hari, masa berganti masa. si isteri tadi sedang mengandung, dan tiba2 datang keinginan untuk melihat apa di dalam tudung saji tersebut. Si isteri mendesak suaminya supaya membuka tudung saji tersebut, tetapi si suami mengingatkan tentang amaran raja
tersebut. Si isteri diam, dan cuba untuk melupakan tentang hasratnya. Namun dia gagal.

Satu hari dia mendesak juga suaminya. Katanya dia bermimpi bahawa di bawah tudung saji tersebut ada makanan yang teramat lazat yang belum pernah dimakannya sebelum itu. Katanya lagi, bukan dia yang bersungguh2 hendakkan, tetapi anak di dalam kandungan. Kerana terasa kesian melihat keadaan isterinya, si suami pun bersetuju.

Mereka berdua mendekati tudung saji tersebut. Sebaik membuka tudung saji tersebut, keluarlah seekor tikus dan berlari meninggalkan suami isteri yang terkejut itu.
Kebetulan, Raja baru pulang dari berburu. Raja dalam keadaan kecewa kerana terlepas binatang buruan beberapa kali.

Melihat tudung saji yang terbuka, raja menjadi marah. Akhirnya, pasangan suami isteri tersebut disuruh keluar dari istana kerana melanggar arahan raja. Dan kerana mereka tidak mengambil iktibar tentang apa yang pernah mereka telagahkan....

Kadang2, kita ni memang memberontak bila disuruh mengikut peraturan itu dan ini. Mematuhi peraturan tu susah sgt. Some people said, rules are made to be broken. Named it from religion side or parents rules or school or country laws etc etc.. kalau dari sudut lain, memang kita boleh katakan pros and cons why you should do this and that. but esp. dari sudut agama, kdg2 kita tak jumpa jawapannya. jawapannya hanya ada pada Tuhan.

contohnya ikutkan cerita tentang suami isteri itu, mereka tak tahu dengan membuka tudung saji menyebabkan mereka keluar dari istana. tetapi selepas melakukannya, baru mereka tahu. dan kemudian menyesal kerana mengingkari arahan.

setiap sesuatu yang disebut dalam alQuran menjadi pengajaran buat kita. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin ada halangan atau larangan di dalam syurga. dan mendekati pohon larangan, bukanlah tumpuan berkisar tentang halal dan haramnya sesuatu dari pohon itu. tetapi lebih dekat pada mematuhi apa yg Tuhan perintahkan. dan juga petunjuk
bahawa manusia memang kdg2 dlm keadaan sedar, separuh sedar atau tidak sedar akan melakukan apa yang suruh dijauhi.

Hakikatnya, bukanlah Nabi Adam a.s. dan isteri dengan sebab mendekati pokok itu mereka mendapat pembalasan dihalau ke bumi - tetapi mereka mendapat kemarahan Tuhan kerana melakukan apa yang Dia tidak sukai dan mengikut kata2 siapa yang Dia laknati yakni Iblis. Bukanlah sesuatu yang boleh dinilai dari segi material tentang timbangan dosa dan
pahala, tetapi lebih kepada teguhnya pegangan untuk mendekati Tuhan, berada dalam rahmatNya dan keredhaanNya.

Akhirnya, kerana kita insan yang memang tidak mampu mengawal diri setiap masa maka itulah kerana Tuhan yang sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim menerima taubat orang2 yg bersungguh2 membersihkan diri. Jadi marilah kita kembali menyelidik jiwa dan kembali kepada Tuhan yang Satu.

Allahu'alam.

Ada sesape nak komen?
:)

5 comments:

Anonymous said...

(Senario alternatif)

Nenek Sedara: Ni dah ado kawan ke bolum?
Nenek Sedara : Cakaplah. Kalau ade, nek nak suruh tunjukkan.
KakLong:...em...malulah nek.
Nenek Sedara : Cakaplah. Apa nak malu? Dia ada sini ke?
KakLong: Ada.
Nenek Sedara : Mana?
KakLong: (sambil menunjuk ke TV yang sedang tunjuk Sweet 18)...tu...
Nenek Sedara : HUIII! Hensemnye...
KakLong:*senyum sampai telinga*

(It could happen...)

Najmuddin Yusoff said...

(senario alternatif arahan rollie sedang ditayangkan dalam kepala otak ni.. *wing wing*)

ieka said...

chesss budak2 ni, lain yg suruh dikomen lain plak yg die komen..
amboi mudin.. awak ni kalau bab ni takpayah panggil dah bersuara. :))

rollie shahrul fhaizal (mana satu aku nak panggil ni) - pandai buat skrip nampak, almaklumlah blog masuk 'paper' kan. kekek btw, die tak hensemla shahrul dia cute ajer.. ehehe

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ieka said...

Bro Anonymous,
Terima kasih atas komen itu. Maaf juga kalau tak dpt berbuat apa2. Maaf kalau saya ada sakitkan hati..

Walaubagaimanapun, msg ini saya anggap peribadi dan saya perlu delete dr pandangan umum.

TQ