Wednesday, February 22, 2006

News: Virus Burung di KL

Salam buat semua.

Dapat email dari kawan, terus posting utk perhatian semua.
Berhati-hati yer.

Agensi diarah bersedia -- Ekoran 40 ayam kampung disah mati akibat virus selesema burung

PUTRAJAYA 21 Feb. - Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan agensinya bersedia menghadapi kemungkinan orang ramai dijangkiti virus selesema burung H5N1 yang disahkan menyebabkan kematian 40 ekor ayam kampung di sekitar kawasan Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, kementeriannya hari ini mengambil tindakan segera dengan mengarahkan proses pemeriksaan saringan dari rumah ke rumah dilakukan dalam lingkungan 300 meter dari kawasan terbabit.

Beliau juga meminta Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersiap sedia untuk menerima sebarang kes jangkitan membabitkan penduduk di kawasan itu meskipun setakat ini belum ada lagi kes dilaporkan.

Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh juga, katanya telah diarah bersiap sedia untuk menerima sampel-sampel bagi membolehkan ujian makmal dijalankan segera.

``Kakitangan kementerian di Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemeriksaan di setiap kampung yang terdapat reban ayam dijangkiti virus itu.

``Kita akan soal siasat sama ada penduduk kawasan berkenaan mengalami demam atau sakit dan seterusnya akan dirujuk ke HKL jika ada kes jangkitan,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Pemakanan Kebangsaan dan Forum Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan II, di sini hari ini.

Soi Lek mengulas mengenai serangan virus selesema burung H5N1 yang menyebabkan kematian 40 ekor ayam kampung di Batu 4 1/2 Jalan Genting Klang, minggu lalu.
Virus Avian Influenza H5N1 yang ditakuti masyarakat dunia berpunca daripada penyakit bawaan burung atau unggas.

Virus H5N1 pertama kali dilaporkan berjangkit ke atas manusia ialah di Hong Kong pada Mei 1997.

Setakat ini, 92 orang telah meninggal dunia di beberapa buah negara seluruh dunia yang dijangkiti virus ini sejak 2003.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan perkara tersebut berdasarkan hasil ujian makmal Veterinar Petaling Jaya dan Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh ke atas sampel ayam berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 110 ekor ayam di empat kawasan membabitkan Kem Wardieburn, Taman Danau Kota, Pekan Danau Kota, dan Kampung Belakang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dimusnahkan.

Sebelum ini laporan akhbar Straits Times Singapura menyebut, republik itu telah menggantung serta-merta pengimportan ayam, itik dan telur dari Selangor selepas virus H5N1 ditemui pada ayam ternakan di kawasan berkenaan.
Menurut Soi Lek, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan jumlah kakitangan kementerian yang akan terlibat dalam pemeriksaan saringan berkenaan termasuk tempoh yang masa untuk melakukan proses tersebut.

``Ini bergantung kepada jumlah rumah yang ada di kawasan berkenaan,'' katanya.
Dalam pada itu, Soi Lek memberi jaminan pihaknya akan bersikap telus dan terbuka dalam menyebarkan maklumat mengenai sebarang kes jangkitan virus membabitkan manusia.

``Kalau ada apa-apa kes kita akan umumkan kepada masyarakat umum melalui media.

``Kita harap masyarakat tidak dipengaruhi khabar angin dalam menguruskan kejadian ini, kita akan akan ikut arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) bahawa kita akan telus, tidak payah orang lain buat spekulasi dan andaian,'' katanya.

Bila Jam Terhenti

The day before..

We had a call for meeting at 5.00 pm when i met my former boss.. I felt honoured when he passed by and told me "Ika takde, susah lah saya "..
Now you know how important i am.. :))

The next day...
I woke up as usuall, but in the early morning washed my clothes. Thought that has been too long in the toilet, i was looking for the time when i realized the wall clock stopped at 4.50 (am).

Have the habit of watching the clock frequently in the morning, i rushed to look for the table clock. Oh no..it stopped at 6.10 am.

Nvm, i still have the watch.
Thru-out the day.. at 4.00 pm, i saw my watch stopped at 3.50pm.

WHAT?? again??

Bila masa terhenti, terasa juga..
Terfikir, mungkin dah sampai masanya saya...
Ssiapa sangka, kan..
Dah sampai rupenyer masa saya..

Untuk ganti bateri2 jam..

Dush, awatler semua mati serentak!!

Wednesday, February 15, 2006

Go!

Aiyarks.. Terasa panahan 'kemarahan' Ainul & Aini.. Saya curik2 masa utk update sedikit blog. Terima kasih kerana mengingati:)

Ada beberapa isu yg berlegar2 dalam fikiran untuk dikongsi bersama, unfortunately saya yang tidak pandai membahagi masa utk menaip. Saya kira apa yg dikatakan Mizie sebenarnya itu juga luahan hati saya. Dah lama terfikir mungkin saya perlu belajar mengendalikan senjata: bukan setakat pistol dan senapang tapi mungkin pedang dan pisau, kayu atau kain cindai sekalipun. Mungkin perlu juga belajar memanah dan menunggang kuda, walau nampak seperti aktiviti/hobi riadah saya kira sebenarnyer lebih dari itu yg boleh dibuat :) .

Sekarang (dan untuk kesekian kali dan lamanya), saya masih dalam mood Full House (Siri Drama/Soap-Opera Korea). Mungkin sbb saya rasakan watak Han Ji-Eun tu mcm ada iras2 saya (esp. bab dramatik@full of expression dan juga tak pandai/malas mengemas.. kat bab mengemas ni saya masih fail dan masih cuba nak perbaiki:P ).

Tapi dalam masa yg sama kena fokus pula utk training. Hmm, esok session saya yg pertama untuk mengajar. First session that will be fully conducted by me. Orang kata nampak OK, tenang dan confident aje.. Saya kata dalam hati hanya Allah yang Tahu. OK, perlu assist colleagues utk modules mereka, nanti esok takde sapa nak assist saya pula..

Zulaikha,
Aja Aja Fighting!