Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, September 19, 2009

Akhirnya

[1] Hadiah Ramadhan
ALhamdulillah.. akhirnya semalam Abahnya sudah membawa pulang surat beranak dia.. dan secara rasminya dia sudah bernama, menggantikan segala nama panggilan 'sayang', ' baby', 'adik', 'anak ibu', cucu nenek etc...

Walaupun terkejut tiba2 kena bersalin awal 3 minggu (sepatutnya due date 26hb September), dengan pelbagai perkara belum lagi tersedia.. tetapi syukur takde masalah sgt untuk melahirkan dia..

Jadi secara rasminya.. memperkenalkan ahli keluarga baru kami..

Nur Humaira binti Khairul Nizam
Lahir pada jam 4.05 pagi, 08-09-09Hari Pertama


Hari ke-4

Hari ke-5

Hari ke-8

Rupa siapa ek? Yg pasti pipi dia memang bulat :))

p/s: Time kasih shelley sbb tolong announced utk kite.. hehe

[2] Syawal Yang Menjelang Tiba
Alhamdulillah.. walaupun sarat mengandung dan hanya menghitung hari, dapat juga berpuasa selama 17 hari (hari yg kena masuk wad masih lagi berpuasa dan berjaya habiskan sehingga petang itu).. Kire2 bolehlah juga beraya kan :p

Untuk itu dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri kami serta para pengunjung blog ini. Maaf zahir batin atas segala kekhilafan diri. Moga2 kita dapat bertemu lagi dalam bulan yang diberkati ini di tahun akan datang.

Kalau ada yang datang ke Melaka, jemput2lah singgah bertandang ke rumah. Walau takde persiapan istimewa sgt memandangkan masih berpantang, inshaAllah air dan kuih tu boleh dihidangkan :D

Salam hormat dan semoga bergembira di hari lebaran di samping mereka yang tersayang.

Thursday, January 15, 2009

Terima Kasih


AlHamdulillah..
Majlis walimah di rumah saya di Alor Gajah dan di rumah suami di Kuala Terengganu sudah selesai.

Lelah sepanjang majlis sudah beransur hilang. Bersyukur sebab ada ibubapa serta ahli keluarga yang banyak membantu. Kalau tidak ada mereka, rasanya sukar sekali saya membuat persiapan.

Terima kasih untuk setiap kedatangan, ucapan, hadiah dan kiriman salam. Ramai yang menghantar SMS meminta maaf tidak dapat hadir kerana keuzuran kesihatan, keadaan dan masa. Mungkin rezeki saya ramai yang sakit pula, apa2 pun niat untuk cuba datang saya ucapkan terima kasih banyak2.. Doakan yang baik2 untuk kami..

Pada malam membuka hadiah, terasa bagaikan wish list comes true.. Kami teka2 hadiah yang ada, tak sangka bila dibuka pembalut apa yang kami perlukan diberi tetamu. Utk seorang teman yang saya kenali berbelas tahun lalu, diselitkan pula sekeping surat istimewa untuk saya. Terharu membacanya. Terima kasih teman.

Majlis di Kuala Terengganu disambut dengan kempen pilihanraya. Asalnya tarikh dipilih adalah pada minggu ini, minggu berlangsungnya pilihanraya. Tetapi akhirnya diawalkan atas sebab2 yang lebih baik. AlHamdulillah, Dia yang mempermudahkan segala perkara. Kalau tidak pasti sedikit kecoh kerana pertembungan ini.

Gambar masih belum siap. Kami (saya) juga belum dpt melihat sebahagian gambar sendiri kerana kamera sendiri terlupa untuk dikeluarkan dalam sibuk2 itu. InshaAllah akan dikongsi bila berkesempatan, atau ada yang ingin berkongsi? :D Saya melihat blog2 Farra, Hany dan Mudin terselit sekeping dua gambar di majlis kami.. Mungkin boleh berjalan2 ke sana? :)

Sepanjang perjalanan untuk berkahwin ini, tidak dinafikan ada juga perkara2 yang berlaku. Namun seolahnya dipermudahkan segala urusan dan ada sahaja jalan keluar. Pastinya berkat doa semua, keluarga dan kawan2.. Apa pun sedang dan masih belajar menjadi orang rumah yang baik.. harap2 kelak tuan rumah juga org yg dapat saya bergantung hidup dunia akhirat :)

Terima kasih utk kali ini..

Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri 1428h

assalamualaikum wbt.

Dear all my muslim friends
I wish you eid mubarak, selamat hari raya aidilfitri.
Sincere apologize from all my wrongdoings to all of you. Maaf zahir batin salah dan silap bicara dan laku.

wish you a safe journey back to your hometown, or wherever you are going. kalau buat open house, jangan lupa ajak!! ;)

sampai berjumpa lagi.
salam sayang buat semua..