Showing posts with label Sumpahan. Show all posts
Showing posts with label Sumpahan. Show all posts

Tuesday, March 02, 2010

berubah

seseorang kawan membuat kenyataan begini kepada en suami..
"ika tu dah berubah. dulu brutal sket , sekarang dah ada anak dah jadi emotional "

apekah benar penyataan ini..
huargh huargh huargh..

ya buat kawan2 yg dah lama tak jumpa.. tiba2 i ternangis2 terharu peluk u all jangan la terkejut ku buang tabiat.. ahhaha

ok.. ok.. saya behave.. (dah lama tak buang tebiat rupanya ehhehe)

p/s: ku masih tak sempat nak update sgt blog ini... nampaknya cuti rehat dari jadi blogger tegar masih bersambung lagi.. adoi la bila nak habis buat thesis ni hahah

Wednesday, April 30, 2008

Mencari jawapan

{1} Siapa Sarah?

Puas sudah saya berfikir, siapa Sarah? Puas juga saya berteka-teki, bertanya kepada empunya cerita . Tapi masih belum bertemu jawapan.. Kucing, katanya bukan. Haiwan peliharaan, juga bukan.. Manusia? Lelaki atau perempuan belum ditentukan.. Saya fikir2 si penglipur lara ini dimensinya selalu berbeza, pasti sesuatu yang jauh melangkaui kebiasaan. :p

Boleh awak bantu saya? :D

{2} Lawatan Perdana

Osmet saya (baca: teman serumah) memanggilnya Incik J. Saya kira, ada juga yang memangilnya Mr. P. Sejak akhir2 ini saya lihat Incik J ini sering kali singgah di tempat saya. Aduhh, sukar juga saya kira sebabnya tidak tentu arah kalau dia datang melawat. Sudahlah begitu, datangnya beramai-ramai pula. Lepas satu, satu yang datang. Saya pusing kepala selalu.

Sudahnya hari Ahad yang lalu, dia datang lagi. Kali ini satu sahaja, tapi kerana tidak pernah menerima kunjungan yang begitu saya rasa terseksa. Amat! Sudahlah merah-merah warnanya. Makin hari, dia mengambil tempat yang makin luas, makin besar. Sudah bermacam-macam saya lakukan, namun dia masih di situ. Pulak begitu, dia kelihatan sangat nyata.. Semua yang lalu di sisi saya akan menegur tentang dia.

Uhuhuhuhu... apa patut saya lakukan sekarang?
Dia duduk bermukim di atas hidung.. taknak hilang2.. : ((
Incik Jerawat, cepatlah pergi!!

{3} Mimpikah saya?

Pelik.. tapi benar.
Sejak dua hari ini, saya lihat network kami membenarkan access ke semua laman. Pelik, tapi benar2 saya melihatnya. Wahh apa sudah jadi? Mereka terlepas tengok kah..atau mereka mmg sudah melepaskan untuk ditengok?

Apa2 pun.. yaaa saya akan berusaha untuk kerja dengan baik juga walaupun dugaan yang menarik itu banyak di depan mata.. Dugaan, dugaan..

Wednesday, July 18, 2007

Melatah-latah

Teringat pernah baca tulisan bloggers tentang bila pemimpin malaysia melatah dalam ucapan.

Pagi tadi kami pening lagi.
Teman serumah dan saya menaiki kereta ke tempat kerja.
Buka radio, kami dengar berita. Takziah untuk keluarga2 mangsa NURI. DJ mengulang ucapan PM berkenaan nahas NURI. Kawan saya sempat membebel, redha memang redha kalau sudah ditakdirkan begitu. Tapi macamana nak redha kalau dah banyak kali masalah nahas dengan NURI sebelum ini tidak diambil kira. Boleh beli sesuatu yang tak tahu lagi bila nak guna (kereta selam?), dapat komisen, tapi bila bab ni tak fikir langsung keselamatan rakyat yg gunakan NURI. Saya senyum aje, bab beli untuk keselamatan negara OK boleh terima. Bab taknak tukar itu dah pening. Bab komisen, err taknak komen. tak tahu apa2:p

Lepas itu kami dengar lagi.
Kata dia (salah seorg pemimpin Malaysia) yang menjawab soalan wartawan "Malaysia bukan negara sekular. Malaysia negara Islam yang mengikut tafsirannya sendiri. Malahan, Malaysia telah lama menjalankan pentadbirannya mengikut hukum Islam."
Kali ini kami gelak kuat2. Entah apa2 sahaja kenyataannya.

Lepas itu, kami tak dengar lagi.
Terus tutup radio, dan berdoa:
"Ya Allah, janganlah dijadikan kami memilih pemimpin yang zalim, kejam, corrupt dan pecah amanah. Ya Allah gantikanlah untuk kami pemimpin yang lebih baik. Amiinn".

Dan kami doa lagi, moga2 kalau kelak kami di atas atau sesapa di atas tidaklah mereka dirasuk sumpahan duit. Amiin amiin.

p/s: Sumpahan Duit: Memang berlaku, bilamana org yg sudah ada banyak duit terasa 'gila' untuk mendapatkan lebih banyak dan banyak lagi. Dan boleh buat mcm2 atau apa sahaja untuk dapatkan duit. Allahu'alam.