Tuesday, May 30, 2006

Kempen untuk Palestin

[++] Kempen untuk Palestin
Saya tidak pasti with other organization/NGO, but here in my working place people already started to collect donation for Palestinians. Due date is by 13th June. Those interested, let me know or you can just ask any TM staff.

[++] Kempen Bersama Menyokong Rakyat Palestin & Kerajaan Hamas - Untuk bacaan bersama, forwarded by someone.

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami. Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU.

Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

Monday, May 15, 2006

Tengah Training

I was on leave last thursday.

Saturday morning rushed back to KL to attend one of my bestfriends' wedding, Wirda and her husband Nik Omar. On the evening, i rushed back to Melaka.

Yesterday was my nephew's majlis cukur jambul. Thank God awal2 pagi dah mandi, sebab terlalulah sibuknya sepanjang pagi dan hari sampai lupa nak amik gambar. sedar2 malam sebelum balik, semua orang tertanya siapa yang ambil gambar. So ini jelah gambar yang sempat dirakam sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur semula.
















Oh, by the way semua jenis senjata pembunuh memang dah digunakan sepanjang proses berada di kampung bersama dengan anak sedara dan majlis yang dijalankan. Tapi biasalah, praktis make perfect - buat muka bodoh jer. buat pekak jer macam tak dengar apa2, walau suara org dah macam menjerit kat sebelah telinga. sampailah akhirnya...

Nenek Sedara : KakLong, meh kojap. nenek nak tanyo
KakLong mendekati nenek sedaranya
Nenek Sedara : Ni dah ade ko bolum?
KakLong cuba buat bodoh.. : Ade apo nek?
Nenek Sedara: Ni dah ado kawan ke bolum?
Iiissh..ramai kawan nek.. kawan pomwan lelaki semua pun ada..budak2 kecik pun ramai jadi kawan :))
KakLong (dalam hati): Nak kata Ya (dan berbohong) ke atau kata benar?
Nenek Sedara : Cakaplah. Kalau ade, nek nak suruh tunjukkan.
KakLong: *senyum* belum lagi nek .. (ke aku patut cakap takde lagi ek?)
Nenek Sedara : belum? maksudnya takde lagi? angguk..angguk..
Nenek Sedara : Bila lagi? Jangan lamo2.. Tengok tu Kak *** dah umo 38 tak kawin2 lai. Ekau jangan sampai gitu pulak.
KakLong: *senyum lagi* insha-Allah nek.

(dalam hati lagi: hai.. kalaulah ada orang macam Kuan Ho-Jun [Lee Dong Geon in Sweet 18) tu wujud, saya memang ajak dia kawin sekarang juga nek.. hehehe)

p/s: Siha, Jie, saya rasa saya pun dah jatuh chentaa la dgn watak kuan ho-jun tu.. kenapaler saya juga berharap saya ialah jong-shu hahahahaha

ops.. Zulaikha, behave!

Sebenarnyer, selain cerite merepek di atas, saya tetibe terfikir (yer,,sewaktu sedang sibuk berkemas selepas kenduri). tentang cerite Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa. Cerita tentang mereka mendekati pohon larangan kemudian (kebanyakkan orang menyangka) itulah sebab mereka dikeluarkan dari syurga. (walau hakikatnya penciptaan manusia memang untuk tinggal tetap di muka bumi dan menjadi pemimpin di bumi).

kisah itu mengingatkan saya kepada satu cerita yang pernah dibaca sewaktu kecil, kisahnya lebih kurang begini, tentang sepasang suami isteri miskin yang bertelagah bahawa jika Adam & Hawa tidak makan buah khuldi maka mereka tidak perlu bersusah payah di bumi. Pertelingkahan mereka didengar oleh seorang raja. Raja itu mempelawa mereka tinggal di istana dengan syarat, tidak mendekati dan membuka sebuah tudung saji yang diletakkan di tengah rumah.

Hari berganti hari, masa berganti masa. si isteri tadi sedang mengandung, dan tiba2 datang keinginan untuk melihat apa di dalam tudung saji tersebut. Si isteri mendesak suaminya supaya membuka tudung saji tersebut, tetapi si suami mengingatkan tentang amaran raja
tersebut. Si isteri diam, dan cuba untuk melupakan tentang hasratnya. Namun dia gagal.

Satu hari dia mendesak juga suaminya. Katanya dia bermimpi bahawa di bawah tudung saji tersebut ada makanan yang teramat lazat yang belum pernah dimakannya sebelum itu. Katanya lagi, bukan dia yang bersungguh2 hendakkan, tetapi anak di dalam kandungan. Kerana terasa kesian melihat keadaan isterinya, si suami pun bersetuju.

Mereka berdua mendekati tudung saji tersebut. Sebaik membuka tudung saji tersebut, keluarlah seekor tikus dan berlari meninggalkan suami isteri yang terkejut itu.
Kebetulan, Raja baru pulang dari berburu. Raja dalam keadaan kecewa kerana terlepas binatang buruan beberapa kali.

Melihat tudung saji yang terbuka, raja menjadi marah. Akhirnya, pasangan suami isteri tersebut disuruh keluar dari istana kerana melanggar arahan raja. Dan kerana mereka tidak mengambil iktibar tentang apa yang pernah mereka telagahkan....

Kadang2, kita ni memang memberontak bila disuruh mengikut peraturan itu dan ini. Mematuhi peraturan tu susah sgt. Some people said, rules are made to be broken. Named it from religion side or parents rules or school or country laws etc etc.. kalau dari sudut lain, memang kita boleh katakan pros and cons why you should do this and that. but esp. dari sudut agama, kdg2 kita tak jumpa jawapannya. jawapannya hanya ada pada Tuhan.

contohnya ikutkan cerita tentang suami isteri itu, mereka tak tahu dengan membuka tudung saji menyebabkan mereka keluar dari istana. tetapi selepas melakukannya, baru mereka tahu. dan kemudian menyesal kerana mengingkari arahan.

setiap sesuatu yang disebut dalam alQuran menjadi pengajaran buat kita. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin ada halangan atau larangan di dalam syurga. dan mendekati pohon larangan, bukanlah tumpuan berkisar tentang halal dan haramnya sesuatu dari pohon itu. tetapi lebih dekat pada mematuhi apa yg Tuhan perintahkan. dan juga petunjuk
bahawa manusia memang kdg2 dlm keadaan sedar, separuh sedar atau tidak sedar akan melakukan apa yang suruh dijauhi.

Hakikatnya, bukanlah Nabi Adam a.s. dan isteri dengan sebab mendekati pokok itu mereka mendapat pembalasan dihalau ke bumi - tetapi mereka mendapat kemarahan Tuhan kerana melakukan apa yang Dia tidak sukai dan mengikut kata2 siapa yang Dia laknati yakni Iblis. Bukanlah sesuatu yang boleh dinilai dari segi material tentang timbangan dosa dan
pahala, tetapi lebih kepada teguhnya pegangan untuk mendekati Tuhan, berada dalam rahmatNya dan keredhaanNya.

Akhirnya, kerana kita insan yang memang tidak mampu mengawal diri setiap masa maka itulah kerana Tuhan yang sifatnya Ar-Rahman Ar-Rahim menerima taubat orang2 yg bersungguh2 membersihkan diri. Jadi marilah kita kembali menyelidik jiwa dan kembali kepada Tuhan yang Satu.

Allahu'alam.

Ada sesape nak komen?
:)

Wednesday, May 10, 2006

Dunia Manusia..

Sememangnya dunia ini diciptakan begini...

Marcus Aurelius, salah seorang kaisar Rom yang bijaksana pernah berkata:

Aku akan menghadapi orang-orang yang banyak bercakap, yang mementingkan diri sendiri yang hanya cinta pada diri mereka sendiri. Tetapi aku tidak terperanjat dan terganggu dengan itu semua. Sebab aku tidak pernah membayangkan alam yang tidak ada manusia seperti mereka.


Dipetik dari buku: La Tahzan
versi BM: Jangan Bersedih (Don't Be Sad)

p/s: esok cuti, pulang ke kampung halaman. kenduri/majlis cukur jambul untuk anak sedara iqbal naim hari ahad tengahari. sesiapa yang ada berdekatan, jemputlah datang ^_^

totally blank

Lama terdiam, kan?
Ingatkan saya seorang yg dah blank apa perlu ditulis, rupanya Pn Hany pun sama juga..

I'm lost too..

Currently routine reading blogs and updating blogs in the morning dah tak boleh buat. Check email pun sekali lalu sahaja. Tak tahulah nak cakap apa.

Speechless i am.

Blank, a better word.

Friday, April 14, 2006

Al-hamdulillah

I am officially referred as Mak Long now.
My nephew was born last nite.
My sister is OK, although quite worried since she was admitted more than 24hrs but still not delivered the baby. Lastly, the doctor need to do the operation.

Al-Hamdulillah.
Walau tak dpt balik lagi sbb bertugas di Penang.

:)

Tuesday, April 04, 2006

You asked for it

Somebody asked for updates.

Oho, bukan ..saya bukan tiru cerita Pn Limau ttg everybody, somebody, anybody dan nobody. Cuma sekadar pinjam satu je dr watak yang dipamerkan :D

Minggu lepas saya cerita pasal cut-over date on new system di KL kan? Ada cerita nak tulis, tapi cerita ni yg paling cepat dpt saya taip. Bukan cerita apa2, cuma cerita ttg bakal kehilangan saya sebentar...

Semalam. Jam 11.30 pagi..

"Zulaikha, i'm sorry to inform that you are required to be at Kuching for the cut-over. I just being informed yesterday at 7.00 pm. Your flight will be tomorrow at 10.00 pm", somebody said.
(Dalam hati: What?? Ohhh nooo)
"Haa? Erm.. Hmm, have you talked this to my boss? ANyway, until when i need to be there?", I asked.
"Saturday".

(Conversation between them-actually my boss doesn't want to let us go to Kuching)
They were talking.
bla bla bla.. bla bla bla..
Somebody said,"I think they (my colleague and I) may need to be in Penang as well for the cut-over".
"When is the cutover?" , i asked.
"The week after. Precisely, next week 13th April".

Conversation between my boss, a colleague with post in Penang and I.
"Since kami kena pergi Kuching, you tolonglah my boss kat sini dengan cut-over sini. Kalau you taknak tolong sini, kami pun taknak tolong Penang," i said.
"Haa.. janji yer! Tolong sini, you all tolong sana!" he said.

Dalam hati: Alamak, terlepas ckp lagi...

Kesimpulan:
Aida, Aini & Hany, sorry for unable to do your meme/tagging on me yet.
Yang di atas dan lain2, that will explain why i am unable to update my blog yet.

OPss.. sorry dah kena panggil turun operation.
Sampai jumpa lagi. :)

Friday, March 31, 2006

Err.. Do I have to work that long?

The schedule for stand-by was up yesterday. It showed this crucial information for me:

Day: Friday
Time: 10.00 pm - 7.00 am
Group: Master Sifoo
1. ....
2. ....
3. Zulaikha

Day: Saturday
Time: 7.00am - 2.00pm
Group: Master Sifoo
1. ....
2. Zulaikha

*******
Considering that today i will be working from 8.30 am - 5.00 pm, and then be here back by 7.00 pm for briefing, check-up etc. And will be only come back to my home after 2.00 pm tomorrow??

Now, it seems like i will be working for about 30 hours!! Uh uh uh, that is not include my-have-to-come-schedule on the Sunday. Mcm doktor la plak.. But doktor dpt allowance kerana disusah-susahkan. Duh!

Hilang semangat....

Monday, March 20, 2006

Cerita saya

[1]
Bandung -Puncak - Bogor - Bandung

Agak lewat bercerita. But it's better than never kan.
Tak banyak saya nak cerita tentang Bandung (dan tempat2 lain yang dilalui di sana). Kami bertolak pagi, jam 5 dari rumah ke KLIA. Check-in jam 6.40am. Flight berlepas dari KLIA jam 8.00 pagi. 2 jam lebih kemudian, kami sudah tiba di Bandung, sudah ada kumpulan awal yg pergi dahulu menunggu kami bersama sebuah lagi teksi. Waktu Bandung lewat 1 jam 13 minit berbanding waktu Malaysia.

Sampai2 sahaja kami terus ke Puncak, perjalanan lebih 2-3 jam ke sana. Berhenti seketika di Puncak, kami menuju ke Bogor. Check-in jam 2 petang waktu sana (3.15 ptg). Tapi terasa sgt lapar dah waktu tu, baru perasan rupanya sudah lebih 2 jam lewat dr waktu makan biasa.

Ada juga kami ke zoo safari, menyaksikan hidupan liar tapi tetap berada dalam kenderaan. Pengalaman harimau duduk melintang tepi jalan, atau melihat singa 'bergurau' dlm jarak kurang 2 meter. Juga gajah2 yang menari mendengar lagu. Kalau ada kesempatan saya akan upload gambar.

Esoknya kami menuju ke air panas. Dan kemudian ke Tangkuban Perahu, tempat di mana gunung berapi masih lagi aktif. Petangnya pulang ke Bandung.

Di Bandung, byknya masa habis di shopping kompleks dan tempat membeli belah. Tak banyak yg dpt dibeli.

Mengutip pengalaman di bumi orang, mereka melakukan apa shj dan menjual apa shj untuk mendapatkan wang. Korupsi terserlah, perjalanan dr Bandung ke Bogor teksi kami ditahan beberapa kali oleh polisi mereka walau tiada kesalahan dilakukan. (Nota: Di Indonesia takde speed-trap dan kereta boleh dipandu selaju 160km/sejam tanpa disaman).

Kurang selesa juga untuk berjalan2 dan menikmati pemandangan kerana asyik didesak membeli brg2 jualan. Mereka akan kerumuni kita dan 'memaksa' kita membeli. Harga makanan juga mahal sekali berbanding yg dikenakan pada org tempatan. Bayangkan, harga makanan di shopping kompleks lebih murah berbanding restoran kawasan pedalaman. Hampir semuanya perlu berbayar.

Pangkat dan darjat juga amat kuat di sana. Org kebanyakan tidak singgah duduk di restoran. Shopping kompleks juga kebanyakannya org berada. Bagi mereka di sana, org Malaysia semuanya kaya2. bayangkan gaji di sana 600K rupiah (tukaran sekarang kira2 RM300) adalah paling minimum diperlukan sebulan. 2.5 juta gaji ketua kantor sudah dikira mewah. Gaji kebanyakan buruh 400K rupiah. Gaji kita di sini berjuta2 rupiah tapi sekadar secukupnya sahaja.

Apa2pun, berjalan di bumi orang dapat melihat pelbagai telatah. Walaupun realiti tidaklah seindah khabar. Al-Hamdulillah moyang dahulu datang berhijrah ke Tanah Melayu. Kalaulah mereka masih tetap di sana, nasib kita mungkin serupa juga seperti mereka..

Allahu'alam.

[2]

Saya ingin menjadi:
1. Orang yang memegang janji, apabila berjanji
2. Orang yg menjaga amanah, apabila diberi amanah
3. Orang yg tidak berlebihan dalam marahnya

Malangnya, hati saya masih belum mampu dididik sepenuhnya oleh ilmu pengetahuan saya. Mungkin pada 1 & 2 tidak terlalu sukar untuk saya lekasanakan, tetapi pada 3 saya masih berusaha melembutkan hati dan mendidik jiwa ini.

Tuhan, maafkan saya.
Tidak mampu melaksanakan lagi apa yang saya ketahui.

Jangan menangis kawan.
Ini bukan salah sesiapa. Cuma hati saya yang belum sempurna.
Maafkan saya!

Saya perlukan sedikit ruang & masa, memujuk diri dan mendidik hati.
Insha-Allah tak lama lagi saya akan kembali.
Terima kasih untuk ruang dan masa yang diberikan untuk saya bersendiri.

Tuesday, March 14, 2006

Epilog Bara

Buat seorang teman..
Usah gusar tak mampu melaksanakan impian..
Sekadar, jangan padamkan bara perjuangan.. ;)

p/s: Panjang sikit, belum cerita pasal Bandung lagi. Cerite lain ttg 'Azam' seseorg dulu:p

Epilog Bara
Permulaan kehidupan
Saat bermula udara berlari memasuki kerongkongan
Kita tidak mengenal apa-apa sempadan
Kecuali..kemahuan diri

Dunia tanpa sempadan
Rumah tak berbumbung
Pagar tak berdinding
Tiangnya langit
Lantainya bumi
Lalu
Kita bergulingan di atas bola kehidupan
Disiram hujan kasih sayang
Dipukul angin pelbagai perasaan
Panas & Sejuk, Pahit & Masin, Masam dan Manis,
Hingga akhirnya mencorak warna peribadi kita

Lantas
Kita sudah bijak
Meletak sempadan antara
Betul & Salah
Benar & Silap
Baik & Buruk
Kita bina bilik-bilik di rumah hati
Membuka tangan menerpa tetamu-tetamu ilmu & pengetahuan
Buat menjadi penyeri istimewa

Kadang2 hadir tetamu
Nyaman menyemai…
Kadang2 mampi menggetar
Hati yang terlena..

Bila ribut semangat melanda,
Serasa dunia mampu diajar seorang diri..

Namun, akal sudah menegur
Mengajak pulang ke alam realiti kehidupan
Panasnya harus berdikit
Supaya ramai menganggap kawan
Dan bila sudah cukup besarnya, barulah melanda
Tak siapa mampu berlawan

Diam-diam membakar impian
Biar selembut mana bayu semangat bertiup
Biar setebal mana kesibukan menggunung di jalan

Jangan padamkan api impian itu..
Jangan padamkan semangat perjuangan itu..

Biar seketika, asalkan masih berbara walau dalam sepi
Kerana bukankah bara juga boleh membakar di dalam tenang… :)

Keramat, Kuala Lumpur
13/3/06

Monday, March 13, 2006

OMG!!

have you heard it!!
OMG! it's really Siti Nurhaliza and Datuk K..
wah untungler Datuk K dpt org yg jadi rebutan ramai
tapi siti nurhaliza choosing him? err .. is it a trend for the young female public figures to choose Dato/Datuk which age different is quite far?

aiyoo!! abisler.. all this time i always use Siti Nurhaliza's name as an escape answer..
now, she's getting married..
who else should i use (except for Ella laaa kan).

ok tu jer pagi ni..saiko jap..
HANY, nak komen ape2? ehhehe

Thursday, March 09, 2006

Homeland

Homeland.
My Mother Country.

Ah, how good it feels to be back in Malaysia.
Even though i always say this and that about my own country, but still i feel this is the place belongs to me, the place i feel secure and safe (regardless of my saying "i don't like Malaysia" heheh).

Why suddenly?
I just came back from Bandung. Was there on holiday from 4th - 7th March. AlHamdulillah, my leave was approved and released just i was about to go (due to call-off for the picket).
Tak sabar nak kongsi cerita, tapi baru masuk kerja harini dan perlu handle training. Insha-Allah diizinkan Allah, will share the experiences with you all.

Thanx for your comments on my previous posting. Esp. to Mr Rollie and Mr/Mrs/Ms Ananymous (i'll appreciate if in the future u indicate ur name(s) there - for the sake of friends and somebody i know on the net:) ). I appreciate your comments and opinions, and actually i did try and still trying to have good mindset about life. It just sometimes i can't help to have that kind of attitude. Afterall, i am only human rite and i do have fun in my life ;)

Hilang
Hilang aku (sekali lagi)
Dalam kabus kehidupan
Tanpa jejak
Menjelajah dalam penerokaan
Pengembaraan yang tiada hentinya
Untuk mengerti suatu penjiwaan
Fana yang Abadi
Hingga akhirnya sampai (bertemu)
Noktah Kehidupan.

Wednesday, March 01, 2006

Thought

[1]
Promotion!!!

Tawaran terhad!!
Hanya ada satu unit sahaja.

Far Infrared Heat Sauna

Hi all,
I'm helping a friend who bought this item at price RM2,500. After a while she forget she bought it and lost the enthusiasm to use it. It is still unopen, and was bought less than 1 year (i think about 6 months).

Those interested may contact me. Selling price at RM1,500 (negotiable).
To find more about this product, you may go here:
http://pioneer2u.com/productsdetails.asp?proid=15&cat=3&mn=1

This is the benefit of using the sauna:
1. The high heat efficiency helps perspire, activate the build, promote blood circulation and keep body healthy.
2. Privacy at home + able to watch TV.
3. Compact; save space
4. Portable; you can bring it anywhere
5. Lower cost operate where is only $0.05 for 30 minute used.
6. Totally safe, not burdensome even to cardiovascular patients,

Kalau sesape ade kenal pemilik salon/spa yg nak beli tu, bolehlah yer beritahu. :)
Cepat, cepat!

{2}


Perfectionist.
Expressionless.


Last nite i gave myself a thought. I just realized that I am actually a perfectionist; and have put up some kind of standard for myself. I mean, i really still having that kind of attitude. I thought i can tolerate it already as back years ago when i told myself that everything in this world has its own flaw. Well, even though the weightage is lower now but it is hard to let it go... Siti, i think u were rite that both of us are perfectionist.....

Maybe when i was small and younger, i read a lot about pahlawan-pahlawan; pemimpin-pemimpin & para Sahabat yang berjiwa besar, yang berfikiran tajam dan jauh, yang bertimbang-rasa dan adil walaupun mereka punya kekurangan dr segi material.

Yeah, i knew.. I am not a guy after all. I am not a man; i am a lady. :P

Expressionless, another thing about myself. I can express my opinion clearly, but not my feeling. What's inside me alway suprised people. Those close to me said i am unpredictable. Nobody can read my mind and my decision. It is like i don't care, but i do care. It is like i want it, but actually i don't want it - i just appreciated it. Such a psycho, am i?

(talk to myself): Kenapalah aku boleh fikir/tulis mende2 macam ni plak... ADoiiiiiii.
See, told you i can't express what i really want to say!

Being tagged by Aida.. dush, sorry aida. Tak boleh buat lagi sekarang. Ade training jap lagi kena handle, will come back later.

I just thinking about this quote:
Anyone can write, but not everyone can really put it on.

My quote:
Dream. A wonderful thing to do.
Everyone can dreams, but not everyone can make theirs become true.
I want to have them (my dreams) true. :) Amiin.

Wednesday, February 22, 2006

News: Virus Burung di KL

Salam buat semua.

Dapat email dari kawan, terus posting utk perhatian semua.
Berhati-hati yer.

Agensi diarah bersedia -- Ekoran 40 ayam kampung disah mati akibat virus selesema burung

PUTRAJAYA 21 Feb. - Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan agensinya bersedia menghadapi kemungkinan orang ramai dijangkiti virus selesema burung H5N1 yang disahkan menyebabkan kematian 40 ekor ayam kampung di sekitar kawasan Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur sejak minggu lalu.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, kementeriannya hari ini mengambil tindakan segera dengan mengarahkan proses pemeriksaan saringan dari rumah ke rumah dilakukan dalam lingkungan 300 meter dari kawasan terbabit.

Beliau juga meminta Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersiap sedia untuk menerima sebarang kes jangkitan membabitkan penduduk di kawasan itu meskipun setakat ini belum ada lagi kes dilaporkan.

Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh juga, katanya telah diarah bersiap sedia untuk menerima sampel-sampel bagi membolehkan ujian makmal dijalankan segera.

``Kakitangan kementerian di Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemeriksaan di setiap kampung yang terdapat reban ayam dijangkiti virus itu.

``Kita akan soal siasat sama ada penduduk kawasan berkenaan mengalami demam atau sakit dan seterusnya akan dirujuk ke HKL jika ada kes jangkitan,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Pemakanan Kebangsaan dan Forum Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan II, di sini hari ini.

Soi Lek mengulas mengenai serangan virus selesema burung H5N1 yang menyebabkan kematian 40 ekor ayam kampung di Batu 4 1/2 Jalan Genting Klang, minggu lalu.
Virus Avian Influenza H5N1 yang ditakuti masyarakat dunia berpunca daripada penyakit bawaan burung atau unggas.

Virus H5N1 pertama kali dilaporkan berjangkit ke atas manusia ialah di Hong Kong pada Mei 1997.

Setakat ini, 92 orang telah meninggal dunia di beberapa buah negara seluruh dunia yang dijangkiti virus ini sejak 2003.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan perkara tersebut berdasarkan hasil ujian makmal Veterinar Petaling Jaya dan Institut Penyelidikan Haiwan Ipoh ke atas sampel ayam berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 110 ekor ayam di empat kawasan membabitkan Kem Wardieburn, Taman Danau Kota, Pekan Danau Kota, dan Kampung Belakang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dimusnahkan.

Sebelum ini laporan akhbar Straits Times Singapura menyebut, republik itu telah menggantung serta-merta pengimportan ayam, itik dan telur dari Selangor selepas virus H5N1 ditemui pada ayam ternakan di kawasan berkenaan.
Menurut Soi Lek, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan jumlah kakitangan kementerian yang akan terlibat dalam pemeriksaan saringan berkenaan termasuk tempoh yang masa untuk melakukan proses tersebut.

``Ini bergantung kepada jumlah rumah yang ada di kawasan berkenaan,'' katanya.
Dalam pada itu, Soi Lek memberi jaminan pihaknya akan bersikap telus dan terbuka dalam menyebarkan maklumat mengenai sebarang kes jangkitan virus membabitkan manusia.

``Kalau ada apa-apa kes kita akan umumkan kepada masyarakat umum melalui media.

``Kita harap masyarakat tidak dipengaruhi khabar angin dalam menguruskan kejadian ini, kita akan akan ikut arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) bahawa kita akan telus, tidak payah orang lain buat spekulasi dan andaian,'' katanya.

Bila Jam Terhenti

The day before..

We had a call for meeting at 5.00 pm when i met my former boss.. I felt honoured when he passed by and told me "Ika takde, susah lah saya "..
Now you know how important i am.. :))

The next day...
I woke up as usuall, but in the early morning washed my clothes. Thought that has been too long in the toilet, i was looking for the time when i realized the wall clock stopped at 4.50 (am).

Have the habit of watching the clock frequently in the morning, i rushed to look for the table clock. Oh no..it stopped at 6.10 am.

Nvm, i still have the watch.
Thru-out the day.. at 4.00 pm, i saw my watch stopped at 3.50pm.

WHAT?? again??

Bila masa terhenti, terasa juga..
Terfikir, mungkin dah sampai masanya saya...
Ssiapa sangka, kan..
Dah sampai rupenyer masa saya..

Untuk ganti bateri2 jam..

Dush, awatler semua mati serentak!!

Wednesday, February 15, 2006

Go!

Aiyarks.. Terasa panahan 'kemarahan' Ainul & Aini.. Saya curik2 masa utk update sedikit blog. Terima kasih kerana mengingati:)

Ada beberapa isu yg berlegar2 dalam fikiran untuk dikongsi bersama, unfortunately saya yang tidak pandai membahagi masa utk menaip. Saya kira apa yg dikatakan Mizie sebenarnya itu juga luahan hati saya. Dah lama terfikir mungkin saya perlu belajar mengendalikan senjata: bukan setakat pistol dan senapang tapi mungkin pedang dan pisau, kayu atau kain cindai sekalipun. Mungkin perlu juga belajar memanah dan menunggang kuda, walau nampak seperti aktiviti/hobi riadah saya kira sebenarnyer lebih dari itu yg boleh dibuat :) .

Sekarang (dan untuk kesekian kali dan lamanya), saya masih dalam mood Full House (Siri Drama/Soap-Opera Korea). Mungkin sbb saya rasakan watak Han Ji-Eun tu mcm ada iras2 saya (esp. bab dramatik@full of expression dan juga tak pandai/malas mengemas.. kat bab mengemas ni saya masih fail dan masih cuba nak perbaiki:P ).

Tapi dalam masa yg sama kena fokus pula utk training. Hmm, esok session saya yg pertama untuk mengajar. First session that will be fully conducted by me. Orang kata nampak OK, tenang dan confident aje.. Saya kata dalam hati hanya Allah yang Tahu. OK, perlu assist colleagues utk modules mereka, nanti esok takde sapa nak assist saya pula..

Zulaikha,
Aja Aja Fighting!

Friday, January 20, 2006

Drastik

Bercuti 2 hari kerana raya haji.
Balik sahaja bercuti, terus dimaklumkan perlu melaksanakan kerja baru serta-merta. Tugas sediada juga diserahkan serta-merta kepada pengganti. Pengganti pun rasanya terkejut sebab memang langsung tidak dijangka.

Bercerita dengan rakan-rakan sekerja; tentang permainan catur.
Tentang mereka masing-masing menjadi ‘askar’, ditolak-tolak sahaja ke hadapan tanpa mengetahui apa yang menunggu. Kalau nasib baik, dapatlah ke ‘Haji’ menukar status lebih elok. Kalau tidak, terkeluarlah dari papan permainan (chessboard).
Yang di belakang pun bergerak juga, tapi yang berada di atas papan permainan tidak tahu apa yang berlaku. Cuma pemain2nya sahaja yang tahu mana hala tuju.
Yang paling kurang bernasib baik, tentulah chessboard. Nampak sahaja, tapi juga tak boleh berbuat apa2 walau mengetahui sesuatu juga. Dan kata mereka, sayalah chessboard itu. *senyum sahajalah, kan ainul*

Seminggu tidak di pejabat, menjalani latihan-latihan untuk tugas baru. Hari ini pulang ke bakal pejabat lama, mengemas-ngemas semua perkara. Minggu hadapan sudah tidak mahu melihat saya di sini. Orang-orang di ibu pejabat pula sedang pergi berkursus hari ini, mungkin menjadi kurang gangguan. Nota serah-tugas pun masih belum nampak bayang, perlu disiapkan hari ini. Hai, tak tidur seminggulah nak siapkan nota serah-tugas ini.

Bakal bekas ketua (future former boss) pernah memberitahu, “Kita datang sini untuk apa? Untuk bekerja”. Susah juga membina minat untuk memegang jawatan terdahulu, nampaknya bila minat sudah bercambah dan kerja semakin seronok tiba-tiba ditukarkan pula. Takpalah, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Believing and still believing that God has His own planning on me.

Lord, grant me peace at heart for that I love more; for that I can do better; for that I will accept everything calmly; for that I will never stop trusting You.
(Tuhan, kurniakan saya hati yang tenang kerana itu lebih saya sukai; untuk saya melakukan yang lebih baik dan menerima dengan rela hati dan terus menggantung kepercayaan kepadaMu…)

New job is going to consume a lot of my time, I am going to miss sharing info and knowledge and my thoughts with my blog-readers, especially my friends who knew me inside and outside. I am going to do new job, wish me luck, pray that I will be able to love my new tasks and responsibility, and pls pray that I am and will be doing good in my new job. Amiinn.

P/s: who says I can’t type good Malays? I wrote more in Malays in this posting. Hiihihih:P

Monday, January 16, 2006

Friendly Comparative Religion (FCR)

**1**

Assalamualaikum wbt

Islamic Information & Services FOUNDATION (IIS) will be holding a Friendly Comparative Religion Training Programme in English. (IIS) would like to invite all Muslims to the programme in order to share &understand the different religions in Malaysia & to propagate information on Islam & matters relating to Islam.

Venue : IIS Lecture Hall,Setiawangsa Kuala Lumpur
Date : (Saturday & Sunday) 18 & 19 February 06
Time : 8.30 am - 6.00 pm
Fee : RM 120.00
(Student fee RM 100.00. A valid student card need to be produce at registration counter.)

For further details and enquiry kindly contact IIS or email us in order to register. Registration is onfirst come first serve basis. Seats are limited!!!

Payment can be made by cash or direct to our bank account,Maybank (Acc No: 562188108526) before 14th Febuary 06. Please fax to us copy of deposit slip for record purpose.

Islamic Information & Services FOUNDATION
No 1-5-2, Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03-4260 4160/4251 8792
Fax: 03-4260 4160/4256 2030
Email: info@iis.org.my http://www.iis.org.my

**2**
Currently undergoing trainings for the new post..
Will not be able to update since most of the time will be in the training classes.
Pray, i still have the brain and good memory to memorize and understand everything. :)
Amiin.

Thursday, January 12, 2006

Definisi Baik-Baik

Definisi Baik-Baik

(I)
Kalau orang tu…
Solatnya tak tinggal
Kata2nya baik2
Nasihatnya lemah-lembut
Budi bahasanya elok
Kelakuannya dijaga
Tertib dan adab dipelihara
Selalu tersenyum
Pakaiannya elok2
Agamanya elok
Pendidikannya elok
Pergaulannya dgn orang elok2

Kita memang kata dia orang BAIK-BAIK
Dan itu kadang-kadang
Bukan semua.. Bukan kebanyakkan orang..

(II)
Tapi, kalau orang itu..
Solatnya tak tinggal
Pakaiannya elok2
Agamanya elok
Pendidikannya elok
Pergaulannya dgn orang elok2
Tapi kadang2 suaranya tinggi juga
Nasihatnya kadang2 pedas juga
Pandangannya kadang2 sinis juga
Baginya perlu tegur untuk kebaikkan

Kita kate dia orang BAIK-BAIK ke?

(III)
Apakata kalau orang itu..
Kata2nya baik2
Nasihatnya lemah-lembut
Selalu tersenyum
Budi bahasanya dijaga juga
Tapi agamanya tak dijaga sempurna
Solatnya tinggal2 selalu
Pakaiannya ketat2 sahaja
Bajunya tak cukup labuh
Seluarnya tak cukup panjang
Pergaulannya kawan2 sebegitu
Baginya pilihan dia yang punya

Kita kate dia orang BAIK-BAIK juga ke?


Perihal II dan III memang tentang orang kebanyakkan
Perihal III makin banyak dalam orang kebanyakan
Apa definisi BAIK-BAIK pada anda?

Friday, January 06, 2006

Tagging Time

So many things to share, yet so little effort in telling and sharing with others.. In the end, i found out this one thing posted by Kak Sity, and i was being tagged by her.

Now, after some times only able to make it. I am tagging Aida, Siti Zurina & Rollie. Nak tagging Hany, Mudin, Aina, Are2 mcm tak terbuat je bebudak ni.. Kalau lenlain tu rajin, buatler ek.. yati ke, farra ke.. :D

10 FAVORITES
Favorite Color: Apple Green and Sky Blue
Favorite Food: Errr.. Nasi panas makan dengan ikan patin masak asam pedas, daging salai masak lemak cili api, lepas tu ada plak sambal belacan dan ulam dan ikan masin..makan masa hujan lebat..fuh!! erks..silap description..haha Anyway, chocolates & ice cream are my favvvvvvvvvourite.
Favorite Month: Ramadhan, Syawal and the month when I can have a lot of holidays
Favorite Song: The sounds of nature
Favorite Movie: Currently u mean? Full House, Wonderful Life, Journey to Home & more to add in the future..
Favorite Season: mcm kak sity juga, never stay long enough in a place with 4 seasons.. so my answer will be panas dan hujan sepanjang tahun season. hehe
Favorite Day Of the week: Thursday (because only God knows reason;) ) and Friday... I can have a lot of Saturday and Sunday!! ;)
Favorite Ice Cream Flavor: err taktauler nama dia tapi rasanya nama warna aiskrim tu hijau apple dan ada chocolate rices dlm dia.. I think it is called cholocate rices mint icecream kot.. kot lah kan. Susah nak jumpa tu.. But of all, ice cream is one of my fav. :D
Favorite Time of Day: I treasure every seconds of the day..

9 CURRENTS
Current Mood: Risaunya byk kerja tak siap, tapi ngantuk.. Dalam pada tu ade sikit rasa mcm nak nangis jer.. Err, tapi ade sedikit rasa tenang. Complicatednyer rasa kan!
Current Taste: Chocolate Almond Eclairs org bagi tadi..
Current Clothes: Baju biru nila polos dengan bunga timbul warna perak, tudung biru muda.
Current Desktop: Err.. scenary of a forest yg ada sungai
Current Toenail Color: putih kuku.. heheh no colourlah! Current Time: 4:45pm
Current Surroundings: Tak bising, agak senyap. Bunyi telefon jer..
Current Thoughts: Bila aku nak siap keje ni, kul berapa nak balik kampung ni, kepala aku dah start sakit ke, alamak email tak hantar lagi. ( : )) )

8 FIRSTS
First Best Friend: Zuhaida Jaafar, when I was in Sek Rendah Tmn Melawati 1 (Fasa 5) . Lost contact already for years..
First Kiss: aaAaa.. French Kiss ke? Not yet:p
First Screen Name: err.. S9811692 ?? Student number login ke UNIX system & Telnet..eheh
First Pet: Cat was always be at my home when I was small but I am not considering that as my first pet. Maybe Fishes?
First Piercing: hmm I think it was when I’m 8 years old? 7? something like that
First Crush: crush ke ek masa tu? I think lebih kpd rasa suka kwn dgn dia sbb dia baik. In Standard 1, I think his name is something like Irwan/Iwan can’t recall. Only in the same class+school for half year, after that he moved to other school
First Album: err.... KRU .. har har har

7 LASTS
Last Cigarette: (mcm kak sity juga) tak pernah.. 2nd hand smoker always... :)) lastly I think when I’m 8.
Last Drink: reverse osmosis water.. provided by the office
Last Car Ride: Yesterday with my friend
Last Kiss: The night before yesterday, from my mum...
Last Movie Seen: Harry Potter and the Goblet of Fire .. betul kot tajuknyer?
Last Phone Call: so many phone calls, forgotten already
Last CD Played: err..err.. VCD Journey Back to Home boleh tak?

6 HAVE YOU EVERS
Have You Ever Dated One Of Your Best Guy Friends: No.. I think so.
Have You Ever Broken the Law: Err.. can’t recall if any. May I say no?:p
Have You Ever Been Arrested: Yes, by my mother.. hahahahha
Have You Ever Skinny Dipped: Ni ape ni? Makanan ke? Kak sity pls explain..keh keh keh
Have You Ever Been on TV: Yes, a number of times already. Hehehehe Ops, takmoler nanti cop gile glamer..kakakakakka
Have You Ever Kissed Someone You Didn't Know: Of COURSE… no :p

5 THINGS
Thing You're Wearing: You mean currently? Wearing my clothes only. I put off my watch..
Thing You've Done Today: Mandi, Makan, Pergi Kerja, Bekerja, Makan, Gelak Ketawa, Kerja, Kerja Kerja, Baca Blogs, Kerja, Baca Blog, Tulis Blog.. Kejap lagi balik..
Thing You Can Hear Right Now: A phone is ringing from far away, two persons talking and laughing behind me, my colleague Maisarah is talking on the phone, I’m typing on the keyboard..
Thing You Can't Live Without: The things that Allah SWT has provided me to stay alive and live on …
Thing You Do When You're Bored: Sleep. Blog hopping. Go to shopping complex and watching + examine people one by one. Go to KLCC to watch the pertunjukan air terjun (air pancut yg buat pertunjukan tu..hihihi)

4 PLACES YOU'VE BEEN TODAY
1. My house
2. My Office
3. Foodcourt
4. Toilet

3 PEOPLE YOU CAN TELL ANYTHING TO
1. Allah
2. Siti Zurina
3. Siha

2 CHOICES
1. Black or White: or ( & Gray)
2. Hot or Cold: or (& Warm)

1 THING YOU WANT TO DO BEFORE YOU DIE:
Make handover notes on whateva works that shall continue after I die, and a list of people to inform if I die so that if I have any bad debts with them they may get the refund from my family, and if I have hurt them I want them to know I apologize to them; and if they have hutang-piutang with me they may refund it to my family (unless diorang pun tak mampu bayar sampai diorang mati kire halal la..). err is that supposed to be 2 instead of 1 thing? :D

Tuesday, December 27, 2005

Akhir Tahun, Tahun Baru..

I’m leaving for Kuching tomorrow for some work reason. Seems like I’m going to have my new year’s night in Kuching. Can’t think of what to do yet or what to buy yet in Kuching since I don’t plan to go for shopping yet. Just figured out that my camera cannot be used, so I’m looking for someone who can lend me the camera. Err, anyone out there?

Talking about New Year.. Last year I made so many plan, hope etc etc. Most of them were carried from the previous years. Nampaknya masih banyak lagi yang tak terbuat, atau sebenarnya hampir tiada yang selesai dibuat. Setiap tahun mesti bertanya kepada diri, “Apakah perancangan sepanjang tahun, apakah yang saya nak capai tahun ini?”. Since setiap tahun perancangan asyik terpilih yang tidak dapat diselesaikan, tahun ini kena buat pilihan yang betul..

Lalu-lalang di office lobby, nampaklah karakter kartun-kartun berdiri. Salah satu karakter tu tulis : Tahun Baru, Azam Baru.

Jadi…
Apakah Azam Tahun Baru Anda?
Azam Saya Pada Tahun Baru Ini Ialah Mencari Azam Baru..

Hehehheheheh
Boleh kan? :p