Thursday, July 19, 2007

Betulkah?

A friend of mine asked me (in a joke) if it is true that i was transferred to Malacca; or is it i who made the story. Hmm.. shall i actually scan the letterS of transfer to prove it?:D

And yes, i am sorry for the time being cant do much with my blog's skin. Try to squeeze some time to re-arrange things here. So do visits me in the future.

And dont expect much. I think i will go simple.
take care.

p/s: picture of flowers in spring, May 2007 in Seoul. Coming soon.

Wednesday, July 18, 2007

Melatah-latah

Teringat pernah baca tulisan bloggers tentang bila pemimpin malaysia melatah dalam ucapan.

Pagi tadi kami pening lagi.
Teman serumah dan saya menaiki kereta ke tempat kerja.
Buka radio, kami dengar berita. Takziah untuk keluarga2 mangsa NURI. DJ mengulang ucapan PM berkenaan nahas NURI. Kawan saya sempat membebel, redha memang redha kalau sudah ditakdirkan begitu. Tapi macamana nak redha kalau dah banyak kali masalah nahas dengan NURI sebelum ini tidak diambil kira. Boleh beli sesuatu yang tak tahu lagi bila nak guna (kereta selam?), dapat komisen, tapi bila bab ni tak fikir langsung keselamatan rakyat yg gunakan NURI. Saya senyum aje, bab beli untuk keselamatan negara OK boleh terima. Bab taknak tukar itu dah pening. Bab komisen, err taknak komen. tak tahu apa2:p

Lepas itu kami dengar lagi.
Kata dia (salah seorg pemimpin Malaysia) yang menjawab soalan wartawan "Malaysia bukan negara sekular. Malaysia negara Islam yang mengikut tafsirannya sendiri. Malahan, Malaysia telah lama menjalankan pentadbirannya mengikut hukum Islam."
Kali ini kami gelak kuat2. Entah apa2 sahaja kenyataannya.

Lepas itu, kami tak dengar lagi.
Terus tutup radio, dan berdoa:
"Ya Allah, janganlah dijadikan kami memilih pemimpin yang zalim, kejam, corrupt dan pecah amanah. Ya Allah gantikanlah untuk kami pemimpin yang lebih baik. Amiinn".

Dan kami doa lagi, moga2 kalau kelak kami di atas atau sesapa di atas tidaklah mereka dirasuk sumpahan duit. Amiin amiin.

p/s: Sumpahan Duit: Memang berlaku, bilamana org yg sudah ada banyak duit terasa 'gila' untuk mendapatkan lebih banyak dan banyak lagi. Dan boleh buat mcm2 atau apa sahaja untuk dapatkan duit. Allahu'alam.